Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

 

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung laman web Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah ini dan seterusnya Laman web Ketua Jabatan Matematik ini.

 

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya jua maka dapatlah saya menyampaikan sepatah dua kata aluan dalam laman web Jabatan Matematik  Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK)..

 

Jabatan Matematik  terdiri dari Unit Matematik. Unit matematik mempunyai seorang Ketua Unit dan 8 orang pensyarah. Pensyarah-pensyarah Matematik di sini adalah terlatih dengan budaya-budaya ICT dan teknologi semasa. Fokus utama Jabatan Matematik adalah melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam bidang Kejuruteraan Kelak kerana Matematik adalah asas yang penting dalam bidang kejuruteraan.

 

Semoga KMTK terus maju dan mencapai wawasan negara.

 

“KECERMELANGAN MANJANA TEKNOKRAT KOMPETEN”

 

MOHD FARID BIN BAHARUM

Ketua Jabatan Matematik,

Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah,

Kementerian Pelajaran Malaysia.